Jumat, 09 Juli 2021

Sebelum berkahwin, banyak yang aku impikan.. Aku ingin hidup bahagia bersama suamiku.. Suamiku kristian kemudian masuk islam dan berkahwin denganku.. Ibu bapanya restui hubungan kami. Begitu juga dengan kedua orang tuaku, amat menyukai sikapnya yang merendah diri dan mengambil berat halku.. Setelah berkahwin yang penuh gemilang, kami sangat bahagia.. Hingga honeymoon bersama2 dicameron highland.. 

Smua aku yang tanggung hingga makan minum suamiku.. Sblm berkahwin, suami akulah yang byk habiskan duit untukku.. Byk berkorban untukku.. Tetapi setelah berkahwin, aku masih boleh bertoleransi untuk menanggung suamiku.. Katanya, buat masa ini dia tidak dapat lagi mencari pekerjaan yang sesuai, sebab itu tidak mampu memberiku wang.. 
Setelah kami hidup suami isteri selama seminggu, suamiku beritahu ingin balik ke kampung dan mencari rezeki katanya.. Aku berat hati dan tak ingin berpisah dengannya.. Tapi suami dah pujuk, yang dia akan balik. Aku risau akan rindu padanya, sebab kampungnya jauh, dan sukar dihubungi dengan telefon. Aku redha.. Dan suami aku pun balik ke kampung. Hari demi hari suami aku tak balik.. Langsung dia tidak hubungi aku. Aku call tidak bersambut.. Tapi sebab terlalu rindu, aku call bapa mertuaku.. Katanya suami pergi jalan. Hinggalah seminggu berlalu, dan seterunya hampir 2 minggu dia tak balik.. Nak naik gila aku rindukan suamiku.. 
Akhirnya Suami aku mnjawab panggilanku, katanya, dia akan balik malam ini. Memang benar, suamiku balik.. 
Sehingga berlanjutan seminggu dia berada disini, kali ini dia ingin balik lagi ke kampungnya.. 
"Aku kata pada suamiku, jangan balik terlalu lama.. 
" baik sayang.. Abang janji akan balik.
Sesudah dia pergi ke kampung, kami masih berhubung menggunakan aplikasi whatsap.. Aku terpaksa dail mertuaku, untuk hubungi suamiku.. Rasa segan, kerana hanya aku yang selalu hubunginya.. Minggu lepas, mertuaku kata, dia marahkan anaknya, suruh suamiku balik ke tempatku. Minggu ni aku call ibu mertuaku tanya kepadaku.

"kamu suruh dia balik?

Dalam hatiku memang dah panas, memangla aku suruh dia balik, dia kan suamiku. Sudah 9 hari dia berada disana, tapi kamu tidak kembalikan dia. Hati isteri mana yang tak rindu, tak remuk dibiarkan begitu saja.. Namun aku terpaksa mengalah, sebab aku sayangkan suamiku.. Kami baru berkahwin, bukan 2,3 tahun kahwin. Tapi baru 2 bulan.

" tidak mak.. Cuma ada hal mau cakap dengan suamiku (jawabku dalam nada lembut dan ringkas)

Rasanya soalan ibu mertuakan sangat sakit untuk aku dengar.. Bila call adik ipar, dia katakan padaku.

"biasalah tu kak kalau abg tu memang begitulah, dia akan balik juga tu.

Boleh ka kamu menjawab denganku cara yang sedap didengar dan elok.. Jawapan yang tidak munasabah.. Pada mulanya mereka seakan merestui, tapi lama kelamaan mereka seperti cuba pisahkan kami pula. Aku tahu asal agama suamiku kristian, jika aku biarkan pasti keadaan akan bertambah buruk.. Langsung tidak ada tanggungjawab terhadapku. Balik hanya untuk makan, dan tidur bersamaku. Aku sudah cuba buat terbaik untuk suamiku.. Layan dia seperti raja, buat kerja rumah, masak sarapan, tgh hari, malam. Aku peluk dia setiap masa, berbual dgn bahasa yang lembut dengan suamiku, apa lagi yang suamiku mahu sebenarnya.. Ya Allah berat sangat ujian ini..

Kadang2 aku terfikir, usia perkahwinanku baru menjangkau 2 bulan. Apa akan terjadi masa akan datang?? Aku sayangkan suami aku.. Apakah AGAMA juha bole jadi penyebab keretakan rumahtangga? Ibunya seakan jauhkan anaknya.. Aku ni Isterinya yang sah, aku ni adalah tanggungjawabmu.. Semoga Allah berikan hidayah islam kepadamu, itu doaku untukmu..

Sy berharap anda semua berikan pandangan kepada saya apa yang saya perlu lakukan? Sy BINGUNG!! ....